skip to Main Content

TIPS PERKAHWINAN: PROSEDUR PERKAHWINAN JOHOR

Artikel kali ni khas mengenai cara memohon kebenaran nikah di negeri Johor. Tapi ingat tau, ni cuma untuk bakal pengantin yang berasal dari Johor sahaja. Kalau anda berasal dari Johor dan bakal pengantin lelaki bukan berasal dari Johor, anda kena tunggu bakal pengantin lelaki selesai kan semua urusan dulu, baru lah anda boleh teruskan dengan permohonan nikah online ni. Jadi macam mana cara nak daftar nikah online ni? Jom follow step ni.

 


1. Klik je laman web ni: http://encr.johor.gov.my/,
nanti akan keluar imej macam gambar di atas. Kalau anda tak daftar lagi sebagai pengguna eNCR, anda klik di bahagian nombor “2”.

 

2. Lepas daftar, anda dah boleh start login. Tekan bahagian permohonan nikah online. Isi lengkap semua bahagian yang diminta dan berkaitan.

3. Untuk bahagian yang anda kena masuk kan id eNCR pasangan, abaikan sahaja kalau bakal pasangan anda bukan berasal dari Johor.

 

4. Pastikan bahagian wali anda isi ikut turutan. Bila dah isi lengkap, anda kena klik “hantar permohonan”. Dekat sini akan keluar column untuk buat semakan status permohonan sama ada dah di hantar atau tak.

5. Anda kena cetak semua borang sebagai langkah berjaga-jaga. Segala checklist dokumen yang anda kena sediakan akan diberi sebelum anda hantar semua borang tersebut ke pejabat kadi daerah.

SENARAI SEMAK DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :

 

 

6. Bila semua borang dan dokumen dah settle, anda kena hantar borang ni ke pejabat kadi daerah masing-masing. Jangan lupa tau yang pejabat kadi negeri Johor ni akan ada interview untuk bakal pengantin ni.

7. So bila dah settle interview, kena dapat bayar untuk dapatkan borang pink pula. Anda juga akan dapat contact no. imam/ tok kadi yang akan nikahkan anda nanti. Jadi boleh la korang contact sendiri imam/tok kadi nak bincang tarikh nikah ni. Jangan lupa serahkan borang pink ni dekat dia tau.

Contoh Situasi:

*Alamat IC Kelantan, menetap di Johor dan nak menikah di Selangor.• Anda kena buat permohonan di negeri anda menetap dulu dan dapat kan surat akuan bermastautin dari penghulu. Jangan lupa dapatkan surat kebenaran nikah luar kawasan dari pejabat agama.

* Alamat IC Johor, menetap di Johor dan menikah di Perlis.• Sama cara macam di atas. Anda kena buat dulu permohonan nikah di negeri anda menetap. Cuma anda kena dapatkan dahulu surat kebenaran nikah luar kawasan daripada pejabat agama.

Back To Top