skip to Main Content

TIPS PERKAHWINAN KELANTAN: PROSEDUR PERMOHONAN BERKAHWIN ATAS TALIAN

Tips perkahwinan kalini admin nak kongsi khas untuk bakal pengantin dari negeri Kelantan. Permohonan berkahwin ni dah boleh buat melalui online tau. So bila boleh isi borang ?

Borang permohonan boleh diisi seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 7 hari bagi warganegara Malaysia dan 21 hari untuk warganegara asing sebelum tarikh akad nikah.
Pemohon hendaklah seorang yang bermastautin di dalam negeri Kelantan (Kod 03 atau 29 di dalam kad pengenalan) atau beralamat Kelantan di dalam kad pengenalan.

STEP 1:

Permohonan yang dibuat secara online hanya akan diproses apabila pemohon melaksanakan proses-proses seperti di dalam tatacara permohonan berikut :-

1. Pemohon hendaklah mengisi borang online dengan lengkap. Borang online boleh di isi di link berikut:
(a) Link pertama: http://eqaryah.jaheaik.gov.my/perkahwinan.php?reset=1

(b)Link kedua:http://eqaryah.jaheaik.gov.my/perkahwinan.php

2. Pemohon hendaklah mencetak borang yang telah lengkap diisi.
3. Pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan anak mukim daripada Penolong Pendaftar NCR/Imam Tua Masjid
Mukim di dalam borang yang dicetak.
4. Borang yang telah dicetak hendaklah dikemukakan oleh pemohon atau wakil (ahli keluarga sahaja).
Pemohon perlu hadir ke Pejabat Agama Jajahan tempat akad nikah dijalankan (bagi permohonan berkahwin dalam negeri) ATAU jajahan tempat tinggal (bagi permohonan berkahwin ke luar negeri/negara)

SENARAI DOKUMEN YANG PERLU DILAMPIRKAN:

1. Satu salinan kad pengenalan untuk warganegara.
2. Satu salinan passport pemohon, pasangan dan wali bagi perempuan jika bukan warganegara Malaysia.
3. Sijil Kursus Pra Perkahwinan yang ASAL dan satu salinan. (Bagi yang memegang mana-mana sijil pengajian Islam dalam dan luar negeri, boleh memohon PENGECUALIAN kursus Pra Perkahwinan Islam).
4. Borang Ujian Saringan HIV (Klinik Kesihatan atau Hospital Kerajaan SAHAJA).
5. Surat Perakuan Perceraian asal dan satu salinan jika pemohon duda atau janda.
6. Sijil Kematian (salinan sahaja) bagi pasangan duda atau balu dan SERTAKAN Surat Perakuan Nikah terdahulu dan Sijil Kelahiran Anak (Jika ada).
7. Salinan kenyataan memeluk Islam jika pemohon baru memeluk Islam.
8. Kelulusan daripada KAGAT/PDRM jika pemohon adalah anggota tentera/Polis.
9. Borang wakalah wali JIKA perempuan yang walinya mahu mewakilkan akad nikah.
10. Salinan Sijil Kematian jika WALI (bapa) meninggal dunia.
11. Surat kelulusan berkahwin daripada kedutaan dan Jabatan Imigresen bagi pemohon bukan warganegara.

STEP 2: SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BERKAHWIN

Semakan status permohonan berkahwin boleh dibuat melalui link berikut: http://eqaryah.jaheaik.gov.my/perkahwinanstatus.php

Untuk tahu mengenai senarai nama nama penolong pendaftar perkahwinan bagi setiap jajahan boleh rujuk link berikut: http://eqaryah.jaheaik.gov.my/jurunikah.php

 

Sumber: e-Qaryah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top