skip to Main Content

Bantuan Perkahwinan Baitulmal MAIWP

Untuk warga wilayah Persekutuan, ada berita baik untuk anda! Bagi yang masih tak tahu, pihak ada Baitulmal MAIWP ada sediakan skim bantuan perkahwinan kepada golongan asnaf yang nak mendirikan rumah tangga.

So, bila boleh mohon? Anda semua boleh mohon sebelum majlis akad nikah atau dalam tempoh 3 bulan dari majlis akad nikah.

Nak tahu siapa yang LAYAK UNTUK MEMOHON? Boleh rujuk ringkasan gambar di bawah ni !

Sumber gambar: Baitulmal.wp

Borang permohonan skim bantuan perkahwinan ni boleh di download di https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/jenis-skim-bantuan-zakat/bantuan-perkahwinan

SENARAI SEMAK DOKUMEN SOKONGAN SKIM BANTUAN PERKAHWINAN

Sila pastikan semua keperluan dan dokumen yang dikehendaki adalah lengkap seperti berikut:-

  1. Satu keping gambar berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  2. Satu salinan kad pengenalan pemohon & pasangan.
  3. Satu salinan kad pengenalan suami , isteri dan tanggungan / surat pengangkatan JPN / akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja)*
  4. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO / surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri / surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan sahaja)
  5. Satu salinan sijil kematian suami / isteri bagi perkahwinan terdahulu.*
  6. Satu salinan kad memeluk Islam.*
  7. Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon / tanggungan.*
  8. Surat pengesahan sakit kronik pemohon dan tanggungan dari hospital kerajaan sahaja.*
  9. Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar bagi pemohon / tanggungan yang sedang belajar di IPT.*
  10. Satu salinan cukai pintu / bil utiliti.
  11. Satu salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun bank yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini (kecuali Tabung Haji, ASB, Bank ar-Rajhi dan Bank Agro (WP Labuan sahaja)
  12. Satu salinan sijil kursus pra-perkahwinan pemohon & pasangan.
  13. Satu salinan borang permohonan kebenaran perkahwinan pemohon dan pasangan yang telah diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri (bagi permohonan sebelum bernikah sahaja).*
  14. Surat akuan sumpah pengesahan bujang / pengesahan bujang dari majikan (bagi permohonan selepas bernikah sahaja).*
  15. Satu salinan sijil nikah sementara / kad nikah (bagi permohonan selepas bernikah sahaja

Senang sahaja kan? Untuk tahu lebih lanjut mengenai skim bantuan perkahwinan Baitulmal MWAIP ni, boleh layari terus laman web rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ye. Sebab admin bukan staff MAIWP. Semoga artikel ni bermanfaat dan dapat membantu pasangan yang dalam proses mendirikan rumahtangga.

Rujukan: Laman web MAIWP

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top