skip to Main Content

3 Perkara Penting Sebelum Memohon Perkahwinan

Standard sebelum memohon prosedur perkahwinan, ada 3 perkara penting yang bakal pengantin kena tahu dan faham kan dahulu.

PERTAMA :JENIS KEBENARAN PERKAHWINAN

1. Kebenaran perkahwinan dalam karyah Permohonan kebenaran berkahwin yang dikeluarkan kepada pemohon yang tinggal dalam satu pejabat agama daerah yang sama. (Permohonan dibuat secara bersama)

2. Kebenaran berkahwin luar karyah/ luar negeri Permohonan kebenaran berkahwin yang dikeluarkan kepada pemohon yang tinggal dalam pejabat agama daerah yang berlainan @ negeri yang berlainan dari bakal isteri. (Permohonan dibuat secara berasingan)

KEDUA: TEMPOH YANG SESUAI MEMBUAT PERMOHONAN

1. Paling cepat: Dalam masa 90 hari sebelum tarikh Aqad nikah.

2. Paling lewat: Tidak lewat dari 7 hari sebelum tarikh Aqad nikah.

KETIGA: DOKUMEN LAMPIRAN PERMOHONAN PERKAHWINAN

DOKUMEN ASASI

1. Salinan I/C pemohon & I/C wali ( jika warganegara Malaysia) @ Salinan Pasport dan Surat Kebenaran Kedutaan ( jika bukan warganegara Malaysia)

2. Sijil Kursus Pra Perkahwinan & salinannya.

3. Surat Akaun Bujang dari majikan & Surat Akuan Sumpah bujang dari pesuruhjaya sumpah (bagi yang tiada majikan).

4. Ujian Saringan HIV.

5. Salinan surat nikah ibu bapa.

DOKUMEN TAMBAHAN (JIKA BERKENAAN)

1. Salinan surat mati wali (jika wali meninggal dunia)

2. Surat/ kad akuan memeluk islam

3. Surat Kebenaran dari PDRM (jika anggota polis) @ Surat Kebenaran dari KAGAT (jika angkatan tentera)

4. Surat cerai [email protected] Salinan surat mati [email protected] isteri (jika duda atau janda)

5. Surat Kebenaran Berkahwin Luar Kariah @ Luar Negeri (jika bakal suami tinggal berlainan Pejabat Agama [email protected] lain negeri)

6. Surat Sokongan dari Jabatan Imigresen Malaysia (jika pemohon warganegara luar yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara)

7. Surat pengesahan tandatangan wali jauh (jika wali tinggal jauh dari tempat permohonan)

Suka dengan artikel ni? Jangan lupa tekan button share. Semoga bermanfaat! 🙂

Back To Top