Standard sebelum memohon prosedur perkahwinan, ada 3 perkara penting yang bakal pengantin kena tahu dan…
Tips Perkahwinan : prosedur perkahwinan sppim
Untuk membuat permohonan nikah online, anda dan pasangan boleh isi di laman web SPPIM. Tapi tahu ke apa tu SPPIM? SPPIM tu sebenar nya ringkasan perkataan dari Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia. Antara modul yang ada dalam SPPIM ialah permohonan kursus pra-perkahwinan, permohonan kebenaran nikah, pendaftaran nikah sehinggalah kepada proses penceraian, rujuk dan rundingcara. So kali ni admin akan bagitahu cara macam mana nak buat permohonan kebenaran nikah di SPPIM ni.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN KEBENARAN NIKAH ONLINE
Yang pertama kali, click masuk ke pautan SPPIM ni: http://www.sppim.gov.my/sppim/home
Dan tekan bahagian ‘Benar Nikah Onlineâ€.
Bila anda dah tekan bahagian tu, pautan tu akan bawa anda ke bahagian ni pula. So dekat sini, tekan bahagian bawah sekali. Yang tulis “Permohonan Baruâ€.
Anda akan terus di bawa masuk ke pautan ni pula. Jadi dekat sini, isi semua detail tau yang diminta. Ikut step by step sampai la ke bahagian “Hantar†borang tu. Haa senang je kan? Tapi nak isi SPPIM ni ada syarat nya tau. Apa je syarat nya? Jom baca di bahagian bawah.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
1) Pemohon mesti membuat permohonan kebenaran berkahwin online jika :
1.1) Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM iaitu Negeri
Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah dan Perak;
1.2) Salah seorang pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM;
1.3) Kedua-dua pemohon dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM tetapi
tempat majlis akad nikah adalah di negeri SPPIM.
2) Pemohonan BNO perlu diisi oleh salah seorang pasangan sama ada lelaki atau
perempuan.
3) Pemohon perempuan boleh mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat
Agama Islam Daerah (PAID) selepas pemohon lelaki mendapat kebenaran
berkahwin dimana status permohonan di dalam BNO adalah lulus.
4) Pastikan tarikh cadangan berkahwin tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan.
5) Pemohon perlu hadir ke PAID dalam tempoh 14 hari selepas memohon online dan
tidak melepasi tarikh cadangan berkahwin. Permohonan akan dihapuskan dari
sistem jika pemohon gagal hadir ke PAID dalam tempoh 14 hari dari tarikh
permohonan online.
6) Pastikan pemohon menyimpan nombor rujukan BNO dan email selepas
permohonan dibuat bagi tujuan semakan atau pengemaskini.
7) Pengemaskinian permohonan BNO hanya boleh dibuat selagi pemohonan tersebut
belum diproses oleh PAID. Sebarang pembetulan maklumat bagi permohonan yang
sedang diproses oleh PAID boleh dimaklumkan kepada pihak PAID.
8) Pastikan setiap pemohon iaitu lelaki dan perempuan membawa dokumen
sokongan sebagaimana di dalam senarai semak BNO bersama dengan Borang
Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah dicetak dan ditandatangan oleh
pemohon, wali (bagi pemohon perempuan) dan Penolong Pendaftar kariah/kawasan.
9) Pastikan pemohon mengetahui kariah tempat tinggal/bermastautin.
This Post Has 0 Comments